Monday, July 5, 2010

Adakala Saya Tewas Dengan Dunia Bahasa Baru!

Sejak dibangku sekolah lagi memang saya sendiri dapat merasakan, penguasaan Bahasa Melayu saya berada dalam tahap yang amat memuaskan. Ini bukan kes masuk bakul angkat sendiri eh. Ada buktinya. Hingga saya ingat suatu ketika dulu diperingkat sekolah menengah, saya pernah menyertai peraduan bersyair dan berpidato, segala persiapan dibuat dengan teliti dan hasilnya, saya menang tempat pertama! Namun, hadiahnya tak kunjung tiba hingga ke saat saya meninggalkan sekolah tersebut! Sedih you! Agaknya, pengelola peraduan tersebut terlupa.

Mungkin dari peringkat sekolah inilah yang meningkatkan minat saya untuk bertutur dengan baik sekali dalam bahasa ibunda. Namun dinihari, adakalanya saya rasa tewas dengan dunia bahasa baru sekarang. Kebanyakkannya bahasa yang dipergunakan bercampur aduk, kerap menggunakan singkatan (terutama sekali ketika bertukar mesej pesanan ringkas diselfon) sehingga terkial kial saya hendak membacanya. Perlukah saya menurut langkah sedemikian? Mengikut arus perubahan bahasa? Perlukah juga saya ikut serta untuk memperkayakan diri saya dengan memperluaskan ilmu saya dengan bahasa slanga yang kerap digunakan oleh anak anak muda zaman sekarang?

Jawapan saya - TIDAK SAMA SEKALI! Omputeh kata "NO WAY I WON'T!" Hehehehehe ...

Buruk padahnya bagi saya untuk menurutinya kemahuan anak anak muda zaman sekarang. Sebagai contoh kata/ayat bahasa slang apa yang saya maksudkan:

1. Caye ialah PERCAYA
2. Mepek ialah MEREPEK
3. Tipon/Teypon ialah TELEFON
4. Lum ialah BELUM
5. Ngah ialah TENGAH
6. "Awak ngah wat per tew? Bz ker? Cam bz jer?”
7. “Per ni bro? Kitorang tk hingin ha nak wat camtu!”

Ada faham?

Pada awalnya saya rasa penggunaannya hanya untuk memeriahkan suasana sahaja namun lama kelamaan ... hmmm ... ia menjadi semacam budaya dalam berkomunikasi sesama sendiri. Ini menjadi ikutan dan saya rasa jika direnungkan untuk seketika waktu, kesan jaka panjangnya amat buruk sekali! Generasi muda yang mendatang bakal merumuskan inilah Bahasa Melayu yang sebenarnya walhal ia sama sekali tidak benar.

Seandainya kita terus menerima bahasa slanga, nampak gaya akan pupuslah Bahasa Melayu dihari mendatang!

Ingatlah wahai insan, bahasa melambangkan bangsa, (dah macam Forum Perdana ... hehehehe) jika bahasa slanga dibiarkan berleluasa dan singgah ke minda generasi anak anak muda yang mendatang, percayalah mereka akan lupa akan bahasa ibunda mereka sendiri.

Justeru itu, kekang seberapa yang boleh penggunaan bahasa slanga ini!

4 comments:

  1. memang payah nak memperbetulkan Man. pucuk pangkal empunya diri. aku pun kalau boleh tak mahu la anak anak aku nanti berbual bahasa entah apa entah tu!

    adakalanya merepek!

    Norhaizad


    *mana chatbox????

    ReplyDelete
  2. pengunaan slanga awalnya dipratikan hanya untuk kegunaan mengirim pesanan ringkas dari telefon bimbit ke telefon bimbit sahaja.Maklumlah jika pesanan ringkas mengunakan tatabahasa yang betul,maka jadilah sebuah karangan..heheheheh.
    Untuk mengelakan slanga ini digunakan,kita pupuskan sahaja kegunaan telefon bimbit.Gunakan telefon awam....ohhhhh blackberry ku...

    ReplyDelete
  3. you are not alone friend.

    biarpun saya ini dari keturunan Peranakan Baba Melaka, adakala bingit dengarkan budak budak sekarang berbual. cekik darah!

    lu senyap senyap eh bikin ini blog? saya suka la!


    Baba Mike aka your NS BUDDY

    *format simple, kasi sama dia cantik cantik sikit.

    ReplyDelete
  4. Macam mee segera, yang pantas tidak selalunya berkhasiat. Sayangnya Bahasa Melayu yang selalunya berbunga sekarang diringkaskan cara slangsa untuk dimuatkan dalam teknologi mesej seperti sms atau chat.

    Seperti yang saya sarankan, kita sebagi saudara dewasa kepada anak-anak muda di dalam keluarga harus tegurkan apa yang patut supaya ia tidak akan menjadi satu tabiat hari-harian.

    iZ

    ReplyDelete