Agak lama juga saya tidak meng"update" blog saya ini. Saya miss la dengan blog saya ini. My hands pun dah itchy sangat nak mengwrite! Oops! Ter"omputih" pulak saya ini. Maaf. Tidak terniat langsung untuk mencemarkan bahasa ibunda saya.
Agak lama juga saya tidak menjenguk blog saya dan mencatatkan apa yang patut dicatatkan mengenai perkembangan Bahasa Melayu. Rindu sangat. Indah kan kalau dibaca sebegini? Tak seperti yang terdahulunya. ROJAK!
Teman teman juga ada menghantar kiriman pesanan ringkas kepada saya menanyakan kenapa "TAK UPDATE AR!" "MANA MENGHILANG NI?"
Bukan niat saya untuk menghilangkan diri namun kesihatan diri tidak mengizinkan kebelakangan ini. Ujian yang saya terima dariNYA amat kuat sekali. Alhamdulillah, berkat doa, ikhtiar penyakit saya beransur pulih.
Berbalik kepada misi saya untuk melestarikan Bahasa Melayu, diam tak diam dah pun pertengahan bulan Julai 2010! Cepat betul lahaiiiiiiiiiiiii ... (alamak macam mak mak saya berbual ... hahahahaha)
Diam tak diam juga, kempen Bulan Bahasa 2010 pun dah pun dipertengahannya. Apakah matlamat para pengajur kempen tersebut sudah tercapai? Sudahkah kita melihat perubahan dikalangan orang orang kita berbual didalam Bahasa Melayu? Apakah Bahasa Melayu mendapat tempat pertama dikalangan orang orang kita? Maklumlah sekarang ini wabak "maaf ya saya tak pandai la Bahasa Melayu" semakin menjadi jadi saya tengok.
Saya juga berkesempatan untuk memantau disekeliling sekitaran saya, sama saja saya lihat. Hmmmm ... terkulai layu dibuatnya Bahasa Melayu. Masih lagi kedengaran bahasa bahasa rojak, bahasa bahasa asal boleh, bahasa songsang, bahasa bahasa "nor here nor there" ... eh eh ... ter"omputeh" lagi la. Maaf kan saya.
Saya rasa masih banyak yang perlu dilaksanakan.
Sememangnya tidak mudah untuk memajukan Bahasa Melayu apatah lagi mengubah persepsi dan memperbaiki mentaliti orang orang kita. Persekitaran yang berteraskan bahasa rojak semakin berleluasa. Anak anak muda sekarang lebih mementingkan bahasa yang ringkas lagi berterabur untuk berkomunikasi. Sungguh saya tak faham! Wadah yang sedia ada pun tidak dipergunakan dengan sebaiknya. Ia juga tidak akan menjamin Bahasa Melayu akan dipergunakan secara menyeluruh.
Saya fikir untuk melahirkan individu yang berpengetahuan dalam Bahasa Melayu dengan penguasaan yang mantap, menyeluruh dan terkini, timbulkan kesedaran untuk menjaga maruah Bahasa Melayu memang tidak mustahil untuk direalisasikan namun masih jauh dari genggaman! Masih banyak yang perlu dilaksanakan.
Apakah dan bagaimanakah caranya? Jawapannya ada pada diri anda sendiri!
sakit rupanay kawan beta. padan la senyap tak ke udara. jangan fikir banyak banyak Ma. tak baik untuk kesihatan.
ReplyDeleteaku rasa aku setuju dengan kau mengenai topik blog ini. banyak mana pun bahan rujukan dan "material" kalau orang tak nak jenguk tak nak gunakan pun tak guna!
tepuk dada tanya iman!
Norhaizad
harrrr ... hidup pun! risau kan orang jer la budak ni. buat suspens Kak Mas tao.
ReplyDeleteapa apa pun, topik blog ini memang pedas! memang pucuk pakal tanya hati.
Kak Mas
hi Man,
ReplyDeletejaga diri tu baik baik. usah fikirkan yang bukan bukan ya.
suka dengan blog anda. walaupun kelihatan "simple" namun intipati nya amat baik sekali.
As