“Bukan tak nak try Busu, Nina no understand Melayu kadang kadang. Lagipun cam kelakar kalau cakap Melayu dengan betul. Cakap in English with Busu can better.”
Itulah rungutan anak saudara saya yang berusia 10 tahun setiap kali saya menyuruhnya bertutur Bahasa Melayu.
Jawapan saya kepadanya, “Ya la tu! Wah! Sombongnya. Bahasa Inggeris Nina pun cukup cukup makan ada hati nak beritahu Busu, tak faham Bahasa Melayu! Pegi dah!” Terus dia terdiam sejenak. Ibunya yang berada disisi saya memberikan senyum setuju pada saya. Muka serious ni! Hehehehe ...
Inilah skenario yang saya alami baru baru ini. Ia terjadi apabila anak saudara memberikan ibunya kertas kerja sekolah Melayu untuk ditandatangani. Saya sempat membelek hasilnya dan alangkah terkejutnya saya melihat markah yang diperolehinya. Terbeliak mata saya. Cukup makan!
Lalu saya menemuramahnya dengan cara sinis. Saya bertanya kepadanya mengapa kertas kerja sekolah Melayunya berada dalam tahap sedemikian. Maka dialog yang terkeluar dari mulutnya adalah seperti diperenggal yang pertama. Sedih saya dibuatnya.
Hendak juga saya merisik dengan lebih mendalam namun saya biarkan sahaja tetapi saya beri perangsang kepadanya untuk terus meningkatkan dirinya dan berusaha dengan lebih gigih. Markah yang diperolehinya sememangnya boleh diperbaiki. Saya yakin dengan kebolehannya kerana saya pernah membimbingnya tahun lepas dan markah keseluruhan bagi peperiksaan akhir tahun lalu amat memberangsangkan. Tak tahu pulak kenapa tahun ini prestasinya menjunam bak pasaran saham sedunia! Cikgu sekolah tak bagos kot? Ataupun pelajaran Bahasa Melayu sekarang sememangnya susah?!
Tak mungkin! Tak mungkin! TAK MUNGKIN!
Terlintas difikiran saya sejenak, apakah yang diajar oleh guru Bahasa Melayunya? Apakah pendekatan yang telah diambil oleh para guru sekolah? (macam betul saya ni eh ... hehehehe)
Apakah kaedah yang digunakan gurunya? Adakah ia secara menyeluruh ataupun sekadar masuk bilik darjah, “Murid murid, buka muka surat 25 hingga 30 dan buat latihannya dan hantarkan kepada Cikgu bila loceng berbunyi!”
Saya tidak mahu menuding jari namun kalau cara seumpama itu bak seperti Cikgu Hassan dalam filem Masam Masam Manis, saya pun boleh! Hehehehehehe …
Saya pernah mendengar rungutan dari kakak saya mengatakan adakalanya guru Bahasa Melayu sekolah anak saudara saya pun tidak mengambil ikhtiar untuk melestarikan Bahasa Melayu itu sendiri. Pernah kakak saya menghantar pesanan ringkas kepada guru Bahasa Melayu tersebut untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kelas tambahan anaknya namun balasan yang kakak saya terima dari guru tersebut adalah DI DALAM BAHASA INGGERIS! Betul tak tipu!
Bahasa OMPUTEH la dia pakai! Camner ni? Orang hantar Bahasa Melayu dia BALAS OMPUTEH! Unfair tak? Ooops! Menjadi jadi pulak saya ini pakai bahasa tonggang langgang. Hehehehe ...
Sejurus menerima pesanan tersebut, hampa kakak saya dibuatnya. Susah payah dia mengilhamkan ayat ayat yang sempurna lagi indah kepada gurunya namun jawapan yang diberikan semuanya OMPUTEH!
Bak kata Zaiton Bujang Lapok, “berabok speaking London!” Hehehehehe …
Kalau dah guru sekolah mengambil sifat acu tak acu, haiiiii … Nak tulis ke tak nak eh?! Hmm …
Anda sajalah yang jadi penentu samada Bahasa Melayu tetap relevan dalam konteks kehidupan sekarang.
Saya nak pack and go ni!
hahahahahahaha ... pecah perut blog ni.anak saudara kau sama macam anak aku Man. takder bezanya. bahasa melayu pun cukup cukup makan. aku pun terpinga pinga.
ReplyDeletememandangkan kita dua ni boleh dikatakan hebat jugak dalam mata pelajaran, jom kita profesi .. hehehehe ...
Norhaizad
sama jer lah dengan anak Kak Mas. anak sedara Man lulus tapi anak Kak Mas, FAILED last mid year exam. naik hantu Kak Mas sekejap.
ReplyDeletenak marah pun tak guna.
nanti Kak Mas suruh dia baca blog Man nanti. nak kasi sedar kat dia sikit. tak boleh jadi kan kalau bahasa melayu sendiri boleh FAIL!
Kak Mas
ajar Man kalau boleh. aku rasa tak salah kalau kau pi apply kat MOE.
ReplyDeleteanak aku pun sama la Man. markah tak pernah nak over 70 ker, 80 ker ... balik balik 50 lebih je! stressed kadang cikgu dia telefon aku report pasal benda ni.
Khai
kalau dah guru tak memainkan peranan yang sepatutnya, hmmm .. pi REPORT kat guru besar Bang!
ReplyDeletehahahahaha ...
Nafisah
Hahahaha!!! Lama dah tak dengar speaking london tu.
ReplyDeleteLucu betul Luqman ni.
iZ