Saya baru sahaja selesai berbual dengan teman saya di telefon. Sepanjang perbualan kami di telefon, tak putus putus, teman saya berkomunikasi dengan lidah "omputeh"nya! Bak kata Zaiton Bujang Lapok berabok speakin London!
Kalau nak dikatakan sempurna tak juga, berterabur. Cukup cukup makan saya dengar. Apatah lagi diselitkan dengan bahasa ikonik Singapura iaitu SINGLISH! Memang tak boleh angkat! Berbulu telinga saya. :p
Semampu yang boleh saya cuba mempergunakan Bahasa Melayu namun agar dia dapat bertutur dan membalas saya dengan Bahasa Melayu juga, alamak! Sia sia saja ikhtiar saya. Semakin menjadi jadi dia berbual "omputeh" setengah masaknya kepada saya.
Apa dah jadi? Apa dah jadi? Sampai sekarang ... Eh ... dah macam lagu S.M. Salim dah!
Lalu saya menegurnya dan keadaan bertukar jadi tegang sedikit. Dia tidak dapat menerima kenyataan yang saya berikan. Bermacam macam helah diberikan kepada saya mengapa dia memilih untuk berbahasa sedemikian. Padanya, Bahasa Melayu bukan saja sukar malahan terlalu berbunga bunga bagi dia. Orang “baca berita” jer dia kata bual macam saya! Ada ke patut? Tak sedar diri punya manusia! Kalau "omputeh"nya itu dah setaraf Orang Inggeris memang saya tak boleh mempertikaikannya, harus saya memujinya. Ini. Inilah Melayu tak sedar asal usul nya!
Tatkala mendengar cemuhan darinya, hati ingin melafazkan sesuatu namun fikirkan balik ia bakal menghiris perasaannya, saya batalkan niat saya. Sejak awal perkenalan kami memang tak berubah cara dia berkomunikasi dengan saya.
Amat sedih, bila kita dapati masih ramai di kalangan rakyat kita khususnya Orang Melayu yang masih tidak boleh bercakap Bahasa Melayu dengan baik dan fasih walaupun mereka lahir di sini sebagai anak jati Pulau Singapura.
Bagaimana ia boleh terjadi? Apakah Bahasa Melayu tidak relevan lagi didalam kehidupan seharian mereka? Apakah mungkin faktor ini terjadi kerana tiadanya kesungguhan untuk mereka belajar dan bertutur Bahasa Melayu dengan baik? Apakah lidah mereka lebih cenderung kepada Bahasa Inggeris? Bahasa Pasar ataupun yang menyedihkan lagi sudah sebati dengan perbualan Singlish? Mengapa harus disterotaipkan Bahasa Melayu ini sebagai bahasa bangsawan dan bahasa “orang orang berita?”
Cubalah anda mendengar perbualan perbualan di kedai kopi atau mana pusat tukaran bas di Singapura. Tersasar jauh anda dibawanya mendengarkan perbualan anak anak muda sekarang. Ada kalanya tanpa segan silu kata kata yang kurang sopan dilontarkan sebegitu saja. Sedih. Memang sedih.
Sewajarnya semua anak-anak yang terdidik dengan sistem pendidikan kebangsaan di Singapura ini mestilah menguasai Bahasa Melayu dengan struktur dan sebutan yang betul tanpa pengecualian kerana ianya merupakan Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Negara!
Seperti yang digagaskan oleh Majlis Bahasa Melayu Singapura dalam kempen Bulan Bahasa, BAHASA KITA. GUNAKANLAH. Inilah yang kita dengar sejak dari awal kempen ini diadakan.
Apakah kesudahannya? Apakah matlamat badan tersebut bakal dicapai?
Sama sama kita nantikan.
apa dah jadi apa dah jadi ... sampai sekarang tak kahwin lagi ... apa dah jadi apa dah jadi ... EH EH ... alamak. salah ruangan la. hehehehehe ...
ReplyDeletesyabas kepada teman ku. sesungguhnya memang dari dulu lagi anda memang hebat dalam bahasa melayu. cukup teratur dan indah.
keep on writing .. maaf eh. terOMPUTEH sekejap ... apa apa pun, saya sokong hasrat murni anda.
Rakan Karib Mu,
Norhaizad.
*buat lah chat box leceh la pos komentar pakai sudut ini. nak kena anonymous la pakai account google
baik punya intipati!!!
ReplyDeletesyabas sahabat ku. suka sekali. semoga apa yang diimpikan bakal diraih.
insyaallah.
Nafisah
PS - ada kotal berbual memang baik. saya sokong cadangan Norhaizad
aku nak jadi orang berita boleh tak Man?
ReplyDeletesuka sangar dengan blog kamu ini.
teruskan menulis. kalah atau menang, ANDA MEMANG PATUT DIPUJI KERANA BERANI MEMPERJUANGKAN BAHASA MELAYU! itu yang penting.
Abdul Rahim