Friday, July 23, 2010

buang CURRENT!

Perlukah Bahasa Melayu bersaing dengan bahasa asing?


Perlukan Bahasa Melayu ditonjolkan dengan lebih kerap?

Perlukah Bahasa Melayu mendapat suntikan yang lebih kreatif demi untuk minat menarik belia belia dan anak anak muda berkomunikasi dengan lebih baik lagi?

Perlukah kita membawa sepandok dengan menulis cogankata “BAHASA MELAYU, GUNAKANLAH WAHAI PENDUDUK MELAYU SINGAPURA!” (dah macam raptai Hari Kebangsaan kan? :P)

Perlukah Kempen Bulan Bahasa dilaksanakan setiap enam bulan sekali?

Perlukah … eh eh ... berapa banyak PERLUKAH dah! Hehehehehehe …

Persoalan demi persoalan dari saya namun jawapannya masih hambar.

Bukannya apa, Kempen Bulan Bahasa Singapura hampir melabuhkan tirai malamnya .. eh salah. Tirai penghujungnya jadi nak tahu juga sejauh mana kempen kali ini terkesan dihati para penduduk Melayu disini.

Apakah matlamat yang diinginkan tercapai sudah?

Apakah keputusan yang diraih benar benar telah menambat hati para penganjur?

Apakah diperhentian bas, stesyen MRT, gerai, pasar, pusat membeli belah; tak kira lah mana jua, kita lebih kerap mendengar Bahasa Melayu yang BETUL dipergunakan?

Kalau matlamat yang diinginkan tercapai sudah, Alhamdulillah. Kalau sebaliknya … lahai … Mat Rock kata, BUANG CURRENT!

Anda pula bagaimana? Anda rasa menjadi tak kempen kali ini?

3 comments:

  1. menjadi? sama jer aku tengok Man!


    Norhaizad.

    ReplyDelete
  2. BUANG CURRENT?? macamana boleh terINCLUDE bahasa MAT ROCK ni?! hehehehe ...

    agak payah untuk membuat rumusan akan berjaya atau tidak kempen Bulan Bahasa kali ini. pucuk pangkal empunya diri juga la yang menentukanya. kalau sekitaran dirumah mengamalkan pertuturan bahasa yang betul lagi indah didengar, alhamdulillah ... namun kalau sebaliknya, Nafisah rasa, tidak perlulah kita menuding jari menyalahkan kempen bulan bahasa kerana kurang menjadi bagi golongan tersebut. betul tak Abang?

    apa apa pun syabas Bang kerana kongsi bersama blog ini. sejauh ini, PUAS HATI LA BEB!


    Nafisah

    ReplyDelete
  3. Hai Norman ...

    Kak Zara suka dengan apa yang telah Man ketengahkan sejauh ini. adakalanya terfikir dihati juga nak buat seperti Man namun apakan daya. Rasa2nya masa tak mengizinkan.

    Kalah menang itu semua belakang kira Man yang penting Man dapat mengasah bakat Man dalam bidang penulisan. Siapa tahu hari ini penulis blog esok lusa wartawan Berita Harian/Minggu tulat jadi penulis buku cerita!

    tak mustahil kan?

    apa apa pun BUANG CURRENT ke MAREN ke yang penting niat Man ikhlas ...


    salam


    Kak Zara

    ReplyDelete