Sebagai seorang insan yang berbangsa Melayu, adakalanya saya saya amar terhina apabila saya melihat sebangsa saya jarang menggunakan Bahasa Melayu. Ia tidak lagi digunakan sepenuhnya. Baik dinegara sendiri mahupun apabila di perantauan. Bak dianaktirikan. Ada yang lebih berani lagi melafazkan kata kata sinis mengenai Bahasa Melayu mengatakan ianya bahasa mundur. Ada ke patut?
Ramai juga anak anak Melayu sekarang yang saya lihat kurang minat akan menutur Bahasa Melayu dengan tertib mahupun sempurna. Cakapnya nak “omputeh” aja! Itu pun kalau “omputeh-nya” sempurna tak mengapa. Haii ... Tonggang terbalik yang selalunya saya dengar.
Lihat akan apa yang tersiar didada akhbar? Pelajar Melayu sering kecundang dalam Bahasa Melayu. Ada yang yang harus mengambil kelas tambahan demi untuk mendapat gred yang baik dalam peperiksaan. Adakah ia perlu? Susah benar ke hendak menguasai Bahasa Melayu ini? Silapnya dimana?
Setiap individu memang digalakkan mempelajari pelbagai bahasa mengikut kemampuan diri mereka. Tak kira apa bahasa kerana bahasa merupakan kunci ilmu. Namun, jangan kita sesekali memperlekehkan atau melupakan terus akan Bahasa Melayu kerana Bahasa Melayu ini juga merupakan salah satu daripada kunci-kunci ilmu tersebut. Ia tetap relevan dalam konteks kehidupan sekarang. Ia merupakan bahasa yang cukup indah sekali.
Pada pendapat saya, untuk melestarikan Bahasa Melayu haruslah kita menunjukkan contoh tauladan. Ia sebenarnya bermula dari rumah. Kalau dirumah kita amalkan pertuturan Bahasa Melayu dengan sepenuhnya, Insyaallah akan menjadi. Namun kalau dirumah, bahasa yang dipergunakan adalah bahasa pasar atau bahasa cukup cukup makan, tak perlu saya tuliskan dengan lebih teliti akan hasilnya. Anda tentu tahu akan jawapannya!
Seperkara lagi, saya ingin benar melihat agar para pemimpin, artis, selebriti atau mana mana ikon ikon Melayu yang disegani dan dihormati bertutur dalam Bahasa Melayu yang lengkap tanpa ada bahasa asing diselitkan! Apa salahnya jika mereka berucap dalam Bahasa Melayu? Tak kira samada ditemuduga baik untuk rancangan khas TV ke, radio ke ataupun media cetak? Ini adakalanya saya lihat mereka “tergagap gagap you” apabila hendak berucap.
Tidak hairanlah keadaan Bahasa Melayu yang ada sekarang ini semakin hari semakin hilang. Ia telah banyak dicampur dengan elemen bahasa rojak dan bahasa pasar yang diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Sedih namun inilah realitinya.
Ingin juga saya lihat dimasa hadapan, adakah Bahasa Melayu ini akan terus berkembang maju dan diamalkan sepenuhnya? Atau sekadar tinggal nama dan menjadi mata pelajaran kedua di sekolah sekolah merata kota Singapura ini?
Tiada jawapan yang mampu saya beri.
boleh tahan adik aku berbahasa Melayu!
ReplyDeleteKak Idah
bro, bahasa anda memang kemas dan teratur. bangga dapat kawan macam kao.
ReplyDeletejangan sesiakan bakat tu.
teman mu,
Sharif Dol Kampung Dusun :P GENG ENAM KOSONG ENAM!
tak taulah Man yer kalau ada orang Melayu itu sendiri malu ataupun memang tak sedar diri. aku pun adakalanya meluat dengan sifat mereka yang selalu kata, "aku tak reti nak bual Melayu la".
ReplyDeleteperasan!
bangga Man aku dapat kawan seperti kau.
terus kan niat murni mu. kalau menang jangan tinggal daku! hehehehe ...
teman NS mu
Khairuddin
*buat la chatbox! leceh la nak pos komentar pakai ID ID ini semua.