Siapa diantara kalian kenal akan Raja Ali Haji?
Ini bukan Raja Ali yang terkenal dengan doh roti prata yang lembut mahupun pemilik kedai yang menyediakan Sup Tulang yang "POWER" eh ... Hehehehehe ...
Lupa? Tak ingat? Tak tahu? Hmmm .. .Sedihnya.
Kalau saya sebut Gurindam 12?
Baru saya nampak ada yang melopong mulutnya dan mengangguk kepala memberikan isyarat - Ya Saya Kenal!
Baru saya nampak ada yang melopong mulutnya dan mengangguk kepala memberikan isyarat - Ya Saya Kenal!
Itulah Raja Ali Haji yang saya maksudkan.
Antara gurindam yang dihasilkan beliau yang amat saya gemari adalah seperti berikut:-
Antara gurindam yang dihasilkan beliau yang amat saya gemari adalah seperti berikut:-
"Barang siapa tiada memegang agama,sekali-kali tiada boleh dibilangkan nama
Barang siapa mengenal yang empat,maka ia itulah orang ma'rifat
Barang siapa mengenal Allah,suruh dan tegahnya tiada ia menyalah
Barang siapa mengenal diri,maka telah mengenal akan Tuhan yang bahari
Barang siapa mengenal dunia,tahulah ia barang yang terpedaya.
Barang siapa mengenal akhirat,tahulah ia dunia melarat ..."
Indah bukan setiap bait ayat yang dihasilkan?
Hati saya cukup tersentuh akan setiap karyanya.
Tidak ramai yang mengetahui Raja Ali Haji bukan sahaja terkenal sebagai penulis Gurindam 12, untaian sajak dan pujangga tersohor, malahan beliau juga merupakan seorang cendikiawan yang menguasai banyak bidang keilmuan seperti sejarah, ilmu bahasa, ilmu kalan, undang-undang, tasawuf dan juga hal ehwal politik.

Apa yang ingin saya bertanya kepada anda semua, akan adakah Raja Ali Haji Ke-2 wujud dialaf baru ini? Seseorang yang mampu menghasilkan naskah naskah yang baik, memartabatkan, melestarikan serta menegakkan Bahasa Melayu seperti dahulu kala. Tidak mustahil pada saya namun persoalannya, bila?
Seandainya ada insan seperti beliau wujud, insyaallah, Bahasa Melayu akan tetap bertahta dan menjadi relevan.
Tidak la pelat orang Melayu kita berbahasa Melayu kan?
memang tidak mustahil tapi kan Bang, makan zaman agaknya kalau Raja Ali Ke2 wujud!
ReplyDeletehehehehe .. kelakar la penutup blog ini, "tidak pelat orang melayu berbahasa melayu" ... itu bukannya apa Bang, itu golongan perasan.
Nafisah
persoalan yang kau ajukan agak payah untuk menjawabnya. Raja Ali Haji boleh dikatakan ikon Bahasa Melayu. tiada 2 and 3 nya.
ReplyDeletekalau ada pun, aku rasa tak setanding beliau.
Man, mana chatbox?
*kenapa aku mesej tak jawab?
Abdul Rahim