Sunday, July 18, 2010

asal usul Bahasa Melayu, dari mana eh?

Boleh tahan juga saya sejauh ini mampu menulis 9 blog. Diam tak diam juga saya mampu mengumpul juga teman teman saya untuk sama sama memberikan komentar yang membina. Biarpun tak berpuluh ribu namun saya bangga hasil saya tetap dibaca. Alhamdulillah.


Kesihatan saya sejak kebelakangan ini berada dalam tahap “not tip top” sekali namun saya kuatkan semangat juga untuk melaksanakan amanah saya dipejabat dan juga memperkemaskinikan blog saya.

Hari ini saya ingin mengupas sesuatu yang saya sendiri hingga kini masih lagi belum bertemu dengan jawapannya. Soalan ini sering kali berada di benak fikiran saya. Semalam baru saya diusulkan oleh soalan yang sama oleh anak saudara saya melalui “web-cam”. Apakah soalan cepumas itu? Anda pun tentu ingin mengetahuinya. Soalan yang diajukanya pada saya ialah dimanakah asal usul perkataan Melayu sebenarnya?

Anda tahu?
Disekolah pun saya rasa guru saya tidak pernah pun membahaskan topik sedemikian. Pembelajaran saya disekolah dahulu banyak berkisahkan kepada mempelajari Tatabahasa, Kefahaman, Karangan, Peribahasa dan yang lain lain yang sewaktu dengannya. Ingin juga saya mengetahui asal usul sebenar kekata Melayu ini.

Tak mahu saya di "label" tahu cakap Melayu tetapi sejarah Melayu tak tahu asal usulnya. Malukan.

Selidik punya selidik, selongkar punya selongkar, (macam Spy Mat Bond saya jadinya), inilah empat bukti yang dapat saya kaitkan akan asal usul Bahasa Melayu. Saya tak pasti ia adalah fakta sebenar namun apa salahnya saya kongsi bersama.

Pertama

Mengikut catatan orang orang China dahulu, mereka pernah menyatakan sebuah kerajaan Mo-Lo-Yeau mempersembahkan hasil bumi mereka kepada Raja China pada tahun 644 sehingga 645 Masihi. (nak juga saya tahu kenapa orang China dahulu memanggil orang orang itu semua Mo-Lo-Yeau? Apakah ia terjemahan mereka secara tidak rasmi? Adakah mereka semua ini pedagang? Adakah ia memanggil Mo-Lo-Yeau disebabkan oleh kulit sawo matang orang orang itu semua?)

Kedua

Ada juga kisah sejarah yang mencatatkan dan mempercayai kerajaan Mo-Lo-Yeau pernah berpusat dikawasan Sumatera daripada sebatang sungai yang deras alirannya iaitu dipanggil Sungai Melayu. (hmmm … ini pun saya musykil mengapa Sungai itu dipanggil Sungai Melayu? Adakah penghuni dikawasan itu mempunyai perwatakan yang sama seperti yang tersebut pada catatan orang China? Itu kawasan Melayu ke?)



Ketiga

Yang ketiga saya dapati dari naskah sejarah dicatatkan oleh orang orang China dahulu pernah mengatakan ada seorang rahib bernama I-Tsing (bukan I SING eh :P) yang menggunakan kekata Ma-Lo-Yu tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar tahun 675 Masihi (penuh dengan misteri dan tanda tanya memikirkan hal ketiga ini! Kerajaan mana eh? Malaysia? Indonesia?)



Keempat

Yang terakhir yang dapat saya cari jawapannya ialah dalam Bahasa Jawa Kuno, perkataan “Mlayu” bermaksud berlari ataupun menggembara. (Adakah orang orang kita ini memang terkenal dengan menggembara mahupun berlari? Kalau nak dikatakan kebanyakan orang kita ini nelayan yang suka menggembara ataupun pedagang memang saya setuju, namun kalau bab berlari ini … hmmm …)

Saya ingin sekali mengorek lebih dalam asal usul Bahasa Melayu. Namun setakat ini, hanya empat sahaja yang saya ketemu melalui rujukan yang saya buat.

Saya yakin persoalan saya bakal terjawab. Apa yang pasti, saya akui dan saya yakin Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan orang Malaysia, Indonesia, Brunei dan juga Singapura.

Biarpun saya harus terima hakikat Bahasa Melayu Pasar semakin pesat digunakan disana sini, saya yakin Bahasa Melayu yang sebenar benarnya akan tetap dipergunakan . Tak kan pulak nak pakai bahasa pasar ini kat majlis rasmi pulak kan. Tak ke haru biru nanti suasana majlis itu. Kesan akibatnya dalam jangkamasa panjang - NEGATIF!

Perlu diingatkan fenomena bahasa pasar ini akan melahirkan rasa kurang senang dikalangan pencinta bahasa di Singapura seperti saya ini (terbatok kecil sekejap) yang sering memperjuangkan bahasa kebangsaan yang betul, tepat dan beralas.

Seperkara lagi, perlu diingatkan, bahasa rasmi Singapura adalah BAHASA MELAYU BUKAN OMPUTEH eh!

3 comments:

  1. kuatkan semangat mu Man! jangan cepat menyerah kalah. aku tahu apa yang kau alami namun kau harus yakin kau akan sembuh sepenuhnya.

    memerah otak betol eh blog ni. aku pun nak tahu jugak eh asal usul bahasa melayu ini. namun aku rasa bahasa kita ini pun ada kena mengena dengan bangsa bangsa lain.

    Norhaizad


    *dey ... mana la dey chatbox!

    ReplyDelete
  2. gua caya la sama gua punya abang! hehehehe ...
    syabas bang kerana mampu menggodeh minda Fisah memikirkan hal mengenai asal usul Bahasa Melayu ini.

    terfikir juga ya mana datangnya kekata MELAYU ni! hmmm ...

    apa apa pun, kesihatan tu jaga eh.


    salam sayang


    Nafisah

    ReplyDelete
  3. wahai encik luqman sememangnya sikap ingin tahu anda ni tak akan luput la saya rasa. dari sekolah memangnya kamu ya.

    nasib baik la awak ni dabes sekolah ... kalau tak terokkkkkk cikgu tu awak kerjakan! (eh eh mcm dialog madu tiga la ni ... hehehehe)


    syabas encik luqman! memang blog kamu ni tak mengumpul ribu pengunjung tapi ku yakin satu hari nanti akan fofular!

    ada orang seperti saya jer dah cukup untuk membahagiakan anda. betul tak?

    apalah yang aku merepek ni.

    dari teman mu

    Sharif Dol Dusun Bedok North


    *psttt jaga kesihatan mu.

    Sharif Dol Kampung Dusun :P GENG ENAM KOSONG ENAM!

    ReplyDelete