Wednesday, July 7, 2010

KECEWA tapi POSITIF!

Dulu di bangku sekolah saya pernah bercita cita untuk menjadi seorang guru sekolah. Pekerjaan yang mulia bagi saya namun terhalang ditengah jalan. Bak orang bercinta. Putus ditengah jalan. Sedih saya dibuatnya. Biarlah ia menjadi rahsia abadi mengapa cita cita saya tersekat. (kesat pipi sekejap :P)

Dulu dibangku sekolah juga, saya pernah impikan untuk memilih pekerjaan yang bersangkut paut dengan seni. Sekali lagi terpaksa saya kuburkan impian saya.
Akhirnya, saya terjerumus ke bidang angka dan kira mengira. Ia bukanlah sesuatu yang saya inginkan. Naluri saya memberontak dan menjerit memohon pada saya agar saya mencuba sesuatu yang sebati dengan diri saya. “Tolong! Tolong! Tolong! Lepaskan aku!” dia berkata kepada saya. Lebih kurang begitu. Hehehehehe ...

Adakalanya saya rasa tertekan kerana tidak dapat melakukan sesuatu yang saya minati. Jiwa saya mendung. Mungkin disebabkan kekecewaan inilah saya boleh dikatakan seorang yang “introvert” ataupun pendiam.

Namun, kreativit yang menular didalam jiwa saya tidak pernah pudar ataupun lenyap sama sekali. Ada kalanya saya salurkan ia kepada penulisan diari hidup, adakala dua tangan saya ini mencipta sesuatu benda baru, adakalanya juga tangan saya sibuk mengemas dan menghiaskan rumah dengan kreativiti yang tidak putus putus ada dalam diri saya. Seperkara lagi, dirumah saya, saya secara tidak langsung dinobatkan sebagai “PENGHIAS TETAP RUMAH TAMPINES & KETUA EHWAL DALAM MAJLIS HARIJADI ataupun yang sewaktu dengannya” Kenapa? Disebabkan diantara anggota famili, saya la boleh dikatakan paling kreatif. (ini tak bohong!)

Balik kepada persoalan kehampaan, dalam keadaan kecewa oleh kerana cita cita saya tidak kesampaian, saya menulis dan terus menulis dan menulis dan menulis kemudian menulis lagi bagi melupakan kesuraman saya. Kalau menulis semestinya dalam bahasa ibunda. Tak kan pulak Bahasa Tamil kan? Hehehehehe ...

Hmmm ... agaknya jika dibukukan penulisan saya bakal menjadi memoir kekecewaan hidup saya agaknya! Boleh diedarkan ditoko toko yang diyakini.(perasan)

Dari penulisan didalam bahasa ibunda inilah minat saya kepada Bahasa Melayu semakin mendalam. Saya tidak menyalahkan sesiapa jika hasrat saya tidak tercapai. Mungkin telah ditakdirkan sebegitu. Saya harus bangkit dan terus menyalurkan kreativiti saya pada landasan yang lain. Seperti di blog pertama saya ini.

Moga moga usaha saya bakal mencetus minat dan mendekatkan anak anak saudara serta kenalan saya untuk memahami dan mempelajari Bahasa Melayu dengan lebih mendalam. Saya yakin Bahasa Melayu masih punya harapan untuk bertahta dihati anak anak zaman sekarang. Cuma kita harus berfikir secara meluas dan optimal. Paling penting untuk tidak berputus asa memperjuangkannya.

Biarpun kecewa hasrat saya tak tercapai, Alhamdulillah saya telah laksanakan sesuatu yang positif bagi diri saya.

2 comments:

  1. aku faham apa yang kau lalui dahulu. sabar Man, segala yang kau tempuhi ada hikmahnya. jangan sedih sedih.

    blog kau ni pun cukup membuatkan orang tersenyum. secara tak langsung kau berjaya menghiburkan orang.

    Norhaizad


    *dey mana dey chat box!!!!

    ReplyDelete
  2. kenapa Man? sedih benar. usah bersedih wahai sahabat ku. biarpun cita cita tak tercapai, insyaallah di akhirat kelak nanti dapat ganjaran yang setimpal dengannya.

    teruskan penulisan mu, usah menyerah di "half" jalan ... hehehehe

    rakan karib mu ... Sharif Dol Kampung Dusun :P GENG ENAM KOSONG ENAM!

    ReplyDelete