Sunday, July 25, 2010

eh eh dah habis ...

Diam tak diam, semalam merupakan hari terakhir Kempen Bulan Bahasa 2010 rupanya. Dah habis la  kempen ini secara rasmi? Hmm ... Cepatnya!

Saya pasti ramai yang akan menanyakan saya, "kempen dabes, blog pun ta-ra la ni?" Jangan lah cakap macam itu. Insyaallah, dengan sokongan padu anda serta masa yang terizin, saya pasti dapat meneruskan dan berilham melaui blog ini. Anda tunggu dan lihat!

Namun penulisan saya kali ini saya tujukan kepada anda para pembaca budiman yang selama ini menyokong dan memberi komentar komentar. Macam SHOWING APPRECIATION! Hehehehe ... (sambil mengeluarkan kad ucap terimakasih ini)

Terlebih dahulu, maaf eh kepada mereka yang selama ini meminta "CHAT BOX." Bukan tak nak buat, saya rasa saya lebih fokus kepada intipati blog saya. Saya akui blog saya ini tidaklah seCANTIK mana, tidak lah seKREATIF mana, tidaklah seGAH mana mana blogger mapan. Masih ada kurang rencahnya. Saya masih perlu banyak belajar cara untuk mengendalikan blog ini agar ia lebih mesra alam! Eh salah. Mesra pengguna maksud saya. Saya inginkan, NEXT CHANGE nanti orang baca blog saya, "wahhhhhhhhhh ... kreatif dan padat la blog kau ni Man!" Hehehehe ...

Kedua ingin saya menyusun jari sepuluh memohon ampun maaf seandainya apa yang telah saya hasilkan sejauh ini ada menyinggung perasaan anda semua. Tak terlintas langsung. Sekadara memberikan 2 SEN saya. Orang putih, "giving my 2 cents worth!" Saya ingin juga mengucapkan terimakasih saya kepada anda para pembaca budiman yang tidak putus putus memberi komentar. Biarpun pengikut saya tak beribu, saya amat berpuas hati. Isu isu yang saya kupas tidaklah seSENSASI media cetak ataupun suratkhabar namun saya bangga dengan kemampuan saya sejauh ini. Dah lama oiiiiiiiiiiiiiiii ... tak menulis dalam bahasa ibunda ini. Dah bertahun! Maklumlah sekarang ini tak habis habis saya berkomunikasi dengan bahasa omputeh tetapi saya tidak sama sekali saya akan menganak tiri kan Bahasa Melayu!

Kedua, ucap terimakasih saya kepada pihak penganjur Kempen Bulan Bahasa yang bakal mengamati dan menilai blog saya ini. Kalah menang itu adalah adat pertandingan. Menang, alhadmdulillah. Kalah pun alhamdulillah. Mengapa begitu? Sebab kalau tak kerana kempen ini, saya tidak akan dapat mengetahui sejauh mana kebolehan saya dalam bidang penulisan dan juga tidak akan dapat saya mengumpul teman teman saya untuk sama sama memberi komentar.

Akhir sekali buat diri saya sendiri, syabas kerana telah berjaya membuktikan kepada diri anda sendiri bahawasanya ANDA BOLEH & anda mampu untuk membuktikan Bahasa Melayu masih relevan dalam konteks kehidupan sekarang.

Akhir kalam, kepada mereka yang masih cuba untuk melafazkan "bahasa melayu i tak bagus la you" tolong jangan berangan depan saya! Anda orang melayu, utamakan bahasa ibunda sendiri sebelum ada niat untuk mempelajari bahasa lain!

5 comments:

  1. hidup Encik Luqman @ Norman! hidup bahasa Melayu! (sambil membawa sepandok dan melaungkankannya .. hahahaha)

    syabas Man. kalah menang tu belakang kira, penting, aku bangga dengan kau.


    Norhaizad

    ReplyDelete
  2. Takpe tahun depan masih ada lagi sementara tu teruskan perjuangan anda untuk kempen Bahasa Ibunda kita... boleh?

    iZ

    ReplyDelete
  3. abang man, tahniah abang man kerana sejauh ini mampu menghasilkan blog dalam bahasa melayu.

    Fis, harap blog ini akan berterusan.

    how's your health by the way? hope you are better now and can't wait for you to be back home.


    hugs


    Nafisah

    ReplyDelete
  4. Selamat Pagi Man,

    yer tak yer eh .. tap tup tap tup dah pun habis Kempen Bulan Bahasa. hari ini diforum berita harian pun ada kemukakan pasal kempen bulan bahasa.

    Kak Mas pun tak pasti samada kempen ini dapat memenuhi sasaran yang dikehendaki. terpulang pada individu. tapi sedih la kan kalau bahasa sendiri tak nak diiktirafkan terlebih dahulu.

    memang betul kata Man, bilang ngan dorang jangan berangan nak "feeling2" tak fasih bahasa melayu.

    salam


    Kak Mas

    ReplyDelete
  5. Hello Man,

    Maaf la ya tak singgah blog Man ni. Amacam? Ada berita baik? Menang tak?

    Kalau tak, tak mengapa yang penting Kak Zara seronok betol baca blog Man ni. Teruskan berkarya. Kak Zara pun ada beritahu anak anak Kak Zara dan suami juga tentang blog Man ni. Mereka pun suka betul la. Kelakar dorang bilang. Memang pun orangnya kelakar kan?! :p

    OK la Man, sebelum Kak Zara pergi, selamat berjuang ya.


    Kak Zara.

    ReplyDelete